
Gajah liar berkeliaran di R&R dihalau ke habitat asal
GERIK, 8 Sept – Seekor gajah liar yang dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik, sejak beberapa hari lepas, telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
“Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Justeru, beliau meminta pengguna jalan raya supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk.
“Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai,” katanya.
Ahad lalu, orang awam yang berada di kawasan R&R itu dilaporkan menyedari kehadiran gajah liar yang cuba masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan selain menjatuhkan tong sampah di kawasan berkenaan, pada kira-kira jam 10 malam.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan membabitkan orang awam mahupun kerosakan kenderaan dilaporkan berlaku.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH – PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
