Pakej Sejahtera Bersama tumpukan segmen masyarakat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengulangi penegasan bahawa tiada rakyat di negeri ini akan terpinggir daripada menikmati bantuan dan inisiatif dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2020: Sejahtera Bersama.

Beliau berkata, pakej Sejahtera Bersama diumumkan kali ini sedikit berbeza dengan Pakej Bantuan COVID-19 Fasa 1 seperti diumumkan pada tahun lalu.

Pertamanya kata beliau, pakej rangsangan kali ini lebih inklusif dan
komprehensif yang memberi tumpuan kepada semua segmen masyarakat di Melaka.

SULAIMAN bersiaran dalam segmen “Bicara Ketua Menteri” bersama MelakaFM menerusi FB Live di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara.

Katanya, ia termasuk memberi tumpuan kepada pihak industri tempatan seperti sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), perkilangan, pembuatan dan juga pelancongan.

“Keduanya, ia berteraskan kepada keseimbangan hubungan simbiosis antara apa yang dipanggil, ‘People Economy’ atau ekonomi rakyat dan dan ‘Capital Economy’ berbanding pakej bantuan sebelum ini.

“Ketiga, Pakej Rangsangan Ekonomi adalah berkaitan dengan persediaan awal kerajaan negeri dalam menyediakan tawaran-tawaran baharu (new deal) untuk kita memulihkan dan merancakkan kembali ekonomi Negeri Melaka.

“Keempat memastikan bahawa tiada segmen masyarakat yang terpinggir atau ‘no one is left behind’ dan kelima pakej ini adalah gabungan kepada keseluruhan inisiatif bantuan demi bantuan yang telah kita laksanakan sejak tahun lepas lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam segmen “Bicara Ketua Menteri” bersama MelakaFM menerusi FB Live di kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara.

Sulaiman berharap semua pihak termasuk jabatan
serta agensi kerajaan yang terlibat dalam melaksanakan kesemua 60 inisiatif bekerjasama bagi memastikan pakej rangsangan itu menjadi realiti.

“Usaha ini sudah pasti membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain dapat membantu kita membuat persediaan awal memulihkan sektor ekonomi Negeri Melaka pasca pandemik ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

350
Kongsi :
Previous post Maklum balas segera bukti pakej rangsangan ekonomi amat dinanti rakyat
Next post APMM Kuala Kedah rampas 225 set bubu naga
Ubah saiz-+=