Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dapat sambutan luar biasa

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 15 Jun – Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor menerima sambutan luar biasa sejak ia mula dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula semalam.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, setakat ini lebih 5,000 pengunjung tidak melepaskan peluang membanjiri Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi menyaksikan aset-aset klasik itu secara lebih dekat.

Beliau berkata, pameran yang menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim itu berlangsung selama lima hari sehingga 18 Jun.

“Pameran yang diadakan ini menerima sambutan di luar jangka dan ramai pengunjung yang tertumpu kepada penganjuran khas yang diadakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pameran Hang Tuah, Pameran Kenderaan Automotif Klasik Diraja Johor dan Malaysia Bike Week Melaka 2024 di MITC, di sini, hari ini.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam yang mewakili Yang di-Pertuan Agong.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1729
Kongsi :
Previous post Seni silat, keris jadi produk pelancongan Melaka – KM
Next post Sanggup datang tiga kali demi lihat aset klasik Diraja Johor
Ubah saiz-+=