
Panggung Bangsawan dapat sambutan
BANDARAYA MELAKA 14 Julai – Persembahan Konsert Festival Muzik Nusantara bersempena program Bila Larut Malam mendapat sambutan apabila ditonton lebih 200 orang.
Seawal jam 8 malam, orang ramai mula tiba di Panggung Bangsawan untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan persembahan.
Kehadiran ‘kak ponti’ ke Panggung Bangsawan sebelum bermulanya persembahan mencuri perhatian pengunjung.
Menariknya, persembahan Konsert Festival Muzik Nusantara itu turut menampilkan persembahan istimewa P Radhi Tribute To P Ramlee.
Dengan tawaran harga tiket hanya RM10 ia bukan sahaja menarik perhatian penduduk Melaka untuk menyaksikan persembahan malah pelancong dari luar antaranya dari Seremban, Negeri Sembilan dan Selangor turut tidak ketinggalan memeriahkan Program Bila Larut Malam.
Turut tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan Pengurus Besar MCORP Corporation Services Sdn Bhd (MCS), Datin Sukhirah Ibrahim bersama Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Melaka, Ezlina Alias.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
EMPAT KOMITMEN MELAKA LESTARIKAN SENI DAN BUDAYA
BANDA HILIR 3 Julai - Kerajaan Melaka tidak pernah memandang seni dan budaya sebagai elemen pinggiran, sebaliknya diangkat sebagai teras...
SENI DAN BUDAYA BENTUK IDENTITI BANGSA
BANDA HILIR 2 Julai - Seni dan budaya adalah roh bangsa dan denyut nadi yang membentuk identiti kita sebagai rakyat...
HLN2025: PASUKAN LANDSKAP KOLEJ KOMUNITI SELANDAR HARUMKAN NAMA MELAKA
ASAHAN 3 Julai - Kolej Komuniti Selandar berjaya mengharumkan nama Negeri Melaka selepas membawa pulang kemenangan berganda pada sambutan Hari...
WRUR MEDAN PROMOSI, RANCAKKAN BIDANG TVET UNTUK ANAK MUDA
BEMBAN 2 Julai - Hari Terbuka TVET yang diadakan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi medan untuk mempromosikan...
‘CONTENT CREATOR’ PERLU ADA ILMU, BUKAN SEKADAR KEJAR POPULARITI
BEMBAN 2 Julai - Menjadi pencipta kandungan digital atau 'content creator' bukan semata-mata untuk mengejar populariti, namun ilmu atau penguasaan...
WRUR BEMBAN: CMI, KMB BERSAMA KOMUNITI GOTONG-ROYONG INDAHKAN SURAU
BEMBAN 2 Julai - Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) dan Kumpulan Melaka Berhad (KMB) bersama kira-kira 40 penduduk bergotong-royong membersih...