
Panglima Tentera Darat mengundi awal di Kem Muara Tuang
KUCHING, 14 Dis – Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan isteri, Puan Sri Zainuriah Mustapha adalah antara yang terawal melaksanakan tanggungjawab mengundi di hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang di sini, hari ini.
Beliau selesai mengundi pada pukul 9.29 pagi tadi.
Antara yang turut mengundi awal hari ini adalah Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa dan isteri Datin Norziati Othman.
Sejumlah 2,321 pengundi awal dalam kalangan anggota tentera dan pasangan dijangka melaksanakan undi awal di lima saluran yang disediakan di Pusat Pengundian Awal Kem Muara Tuang, bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang ini.
Keseluruhannya 12,585 anggota tentera dan pasangan akan melaksanakan pengundian awal pada PRN12 ini di 16 pusat mengundi di seluruh Sarawak melibatkan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sementara itu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi DUN Stakan, Datuk Hamza Brahim tiba 9.14 pagi untuk meninjau proses pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan di Pusat Mengundi Awal Dewan Serbaguna, Kem Muara Tuang itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FESTIVAL SILANG BUDAYA: KEBAYA BUKAN SEKADAR PAKAIAN KERAIAN
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober – Usaha menghidupkan semula tradisi pemakaian kebaya dalam kehidupan seharian, khususnya melibatkan generasi muda, menjadi antara...
DARI POTONGAN GAJI KE BILIK DARJAH, MAIM SERAH SUMBANGAN WAKAF KOMPUTER
AYER KEROH 27 Oktober - Dana wakaf pendidikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus dimanfaatkan untuk menyokong keperluan pendidikan apabila...
PERTEMUAN BN-MCA PERLIHAT PERKEMBANGAN POSITIF
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Pertemuan antara Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan MCA berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan berkenaan...
INISIATIF JELITA PEMANGKIN EKONOMI 10,000 WANITA MALAYSIA
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Program 'Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement' (JELITA) terbukti berjaya memperkasakan ekonomi kaum...
SUKAN VETERAN MEDAN TAUTAN KASIH ‘POGHUT’ AYER LIMAU
AYER KEROH 27 Oktober - Bukan piala atau kejuaraan menjadi buruan, sebaliknya berkumpul untuk menggamit memori zaman kanak-kanak dan belia,...
DAPUR ROBOH, ZULKIFLEE SEGERA SANTUNI KELUARGA TERJEJAS
TABOH NANING 27 Oktober – Kejadian bahagian dapur rumah yang roboh di Kampung Sungai Buloh, di sini, mendapat perhatian penyandang...

