Pantau buaya ‘viral’ berterusan selama dua bulan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Februari – Operasi Mencegah, Menangkap dan Pemindahan Buaya di jalankan sepanjang pesisir Muara Sungai Linggi sehingga ke Tanjung Bidara akan berterusan bagi tempoh dua bulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, rondaan berkala akan diteruskan agensi terbabit untuk menjejak buaya tembaga berkenaan atau nama saintifiknya ‘Crocodylus porosus’ yang menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk serta pengunjung pantau peranginan berhampiran.

Ab Rauf berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) juga sudah memasang dua perangkap dalam usaha menangkap reptilia berkenaan untuk dipindahkan ke lokasi lain.

“Usaha ini adalah langkah awal diambil Kerajaan Negeri untuk menjamin keselamatan orang awam, khusus mereka berkunjung ke pantai peranginan di Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

“Akibat video yang tular di media sosial, tempahan chalet sekitar kawasan ini terjejas. Usaha ini adalah untuk memberi kelegaan kepada semua pihak iaitu pengunjung pantai peranginan, pengusaha chalet dan nelayan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan operasi itu, di Kompleks Perahu Layar, Pengkalan Balak, di sini, hari ini.

Menurutnya kehadiran reptilia itu yang kerap dilihat berenang berhampiran pantai disebabkan oleh pelbagai faktor.

“Kita dapati yang kerap dijumpai itu hanya seekor sahaja yang dipercayai merupakan spesies buaya tembaga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1609
Kongsi :
Previous post Pandu lalu kitar sampah jadi wang
Next post Buaya ‘viral’ dipercayai dari Sungai Linggi
Ubah saiz-+=