
Pantau persiapan akhir Sidang DUN
AYER KEROH, 19 Julai – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Timbalan Speaker Datuk Ghazale Muhamad hari ini memantau kerja akhir persiapan Dewan Undangan Negeri Melaka dan Kawalan Kehormat Utama sempena Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Ketiga DUN Melaka Ke-14.


Esok (Isnin) merupakan hari pertama pembukaan sidang berkenaan pada jam 9.00 pagi, yang mana akan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Seri (Dr) Mohd Ali Rustam.
Manakala pada hari kedua (Selasa) disusuli dengan ucapan terima kasih daripada Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali diikuti perbahasan bagi menjawab soalan lisan mahupun bertulis.
Persidangan tersebut berlangsung pada 20 hingga 23 Julai 2020.
Views:
Related

Berita Lain
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...
MELAKA TERUSKAN PENDEKATAN ‘NON-PROTOCOL GOVERNMENT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pendekatan ‘non-protocol government’ dalam melaksanakan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...

