Paramedik Komuniti ubah sistem kesihatan, mentaliti rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 17 Mac – Cetusan idea kreatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mewujudkan inisiatif Paramedik Komuniti berjaya melakar suatu perubahan baharu dalam landskap kesihatan Negeri Melaka.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, inisiatif berkenaan wajar diberi pujian kerana ia merupakan ilham baharu dan segar yang mampu memberi manfaat kepada rakyat Melaka secara keseluruhan.

Jelas beliau, dengan adanya Paramedik Komuniti di kampung-kampung, ia sedikit sebanyak berupaya meringankan beban petugas kesihatan, selain mampu menyelamatkan nyawa.

“Melalui inisiatif ini, ia mampu mengubah sistem kesihatan Melaka yang mana akan ada sukarelawan ditempatkan di kampung-kampung dan kawasan pelancongan untuk memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan.

“Bukan itu sahaja, malah dengan adanya inisiatif ini lebih ramai rakyat dan sukarelawan akan dilatih dengan modul khas yang mana ia boleh dipraktikkan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambah Dr. Muhamad Akmal, inisiatif berkenaan juga secara tidak langsung dapat mengubah mentiliti rakyat Melaka bahawa bahawa mereka semua boleh menjadi adiwira menerusi aktiviti kesukarelawanan.

“Kalau dahulu, ramai beranggapan paramedik hanyalah terdiri daripada doktor, jururawat dan pembantu kesihatan, tapi kini hampir keseluruhan rakyat boleh menjadi petugas barisan hadapan.

“Inilah tanggungjawab rakyat yang sebenarnya kerana kita semua perlu tahu dan ada ilmu bagaimana untuk menyelamatkan nyawa, tidak kiralah dalam kalangan ahli keluarga mahupun komuniti.

“Pujian perlu diberikan kepada Ketua Menteri yang mencetuskan inisiatif ini kerana ia bakal menjadi satu pendedahan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

625
Kongsi :
Previous post Tabung derma perlu ada pengawasan – Exco
Next post Abang maut dalam kebakaran, adik sempat selamatkan diri
Ubah saiz-+=