
Pasangan Indonesia larikan diri selepas positif Covid-19 berjaya dikesan
KUCHING 19 Jun – Dua warganegara Indonesia yang dilapor melarikan diri selepas didapati positif Covid-19 semalam berjaya dikesan lewat malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu yang merupakan pasangan suami isteri ditemui di sebuah kawasan perumahan baharu di tepi Jalan Matang Baru kira-kira pukul 11.15 malam.
“Kedua-duanya telah dibawa oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada media hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan kedua-dua warga asing berkenaan melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai syarat untuk memohon permit kerja mereka di sini.
Kehilangan mereka disedari pasukan Kementerian Kesihatan semasa menjalankan langkah susulan untuk mengesan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
PEMERGIAN TUN SITI HASMAH KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – AB RAUF
AYER KEROH 28 September - Pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali disifatkan sebagai kehilangan besar buat negara, khususnya atas...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
