
Pasangan Indonesia larikan diri selepas positif Covid-19 berjaya dikesan
KUCHING 19 Jun – Dua warganegara Indonesia yang dilapor melarikan diri selepas didapati positif Covid-19 semalam berjaya dikesan lewat malam tadi dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua individu itu yang merupakan pasangan suami isteri ditemui di sebuah kawasan perumahan baharu di tepi Jalan Matang Baru kira-kira pukul 11.15 malam.
“Kedua-duanya telah dibawa oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan) ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan dan rawatan susulan,” katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada media hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan kedua-dua warga asing berkenaan melarikan diri selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai syarat untuk memohon permit kerja mereka di sini.
Kehilangan mereka disedari pasukan Kementerian Kesihatan semasa menjalankan langkah susulan untuk mengesan kontak rapat dan mencari punca jangkitan.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...
MAJORITI VETERAN ATM PILIH KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA KEDUA
BANDA HILIR 26 Jun – Kira-kira 60 hingga 70 peratus veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya...
631 VETERAN ATM DITEMPATKAN DALAM SEKTOR BERPENDAPATAN TINGGI
BANDA HILIR 26 Jun – Seramai 631 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya ditempatkan dalam pelbagai sektor berpendapatan tinggi menerusi...
JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN
BEMBAN 25 Jun - Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan...
