
PASAR JASIN BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 29 Julai – Pasar Jasin bakal berwajah baharu hujung tahun ini apabila projek bina baharu dan naik tarafnya selesai dijalankan.
Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, projek itu membabitkan peruntukan sekitar RM6 juta, di mana ia merangkumi pelbagai skop penambahbaikan.
Jelas beliau, antara yang akan ditambah baik adalah pembinaan ruang baharu bagi pasar basah dan pasar kering, selain kemudahan awam seperti tandas dan surau.
“Naik taraf itu juga akan merangkumi penambahbaikan infrastruktur iaitu jalan dan tapak letak kenderaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Muhammad Zahiruddin, selepas selesai naik taraf, Pasar Jasin memberi lebih keselesaan bukan sahaja kepada peniaga, bahkan seluruh warga Jasin dan rakyat Melaka yang mahu membeli pelbagai barangan keperluan asas di situ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI BERSAMA 500 JEMAAH SUBURKAN MALAM NIFSU SYAABAN MELAKA
GADEK 2 Februari – Kira-kira 500 jemaah menghadiri Majlis Sambutan Malam Nifsu Syaaban dan Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri...
KERETA LEMBU, WARISAN MELAKA YANG MASIH ‘BERNYAWA’
TELOK MAS 2 Februari – Bunyi derap setiap langkah kaki lembu yang gagah menarik pedati diumpamakan sebagai lambang kelangsungan pengangkutan...
SISTEM PENGURUSAN DATA: STRATEGI TRANSFORMASI DIGITAL MCORP
SERI NEGERI 2 FEBRUARI - Sistem Pengurusan Data (SPD) dibangunkan Perbadanan Melaka (MCROP) menjadi satu daripada 35 inisiatif H.E.M.A.T. yang...
MBMB KUMPUL LEBIH 14 TAN BARANG KITAR SEMULA
AYER KEROH 2 Februari - Lebih 14,000 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB)...
MELAKA MAKSIMUMKAN URUSAN PENTADBIRAN SECARA DIGITAL
SERI NEGERI 2 Februari - Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, Kerajaan Negeri Melaka akan memaksimumkan urusan pentadbiran rasmi secara digital....
BUDAYAKAN KONSEP AMBIL TAHU, CAKNA MASALAH RAKYAT
SERI NEGERI 2 Februari - Penganjuran program berorientasikan kepada rakyat secara langsung seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Hari...
