
PASAR JASIN BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 29 Julai – Pasar Jasin bakal berwajah baharu hujung tahun ini apabila projek bina baharu dan naik tarafnya selesai dijalankan.
Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, projek itu membabitkan peruntukan sekitar RM6 juta, di mana ia merangkumi pelbagai skop penambahbaikan.
Jelas beliau, antara yang akan ditambah baik adalah pembinaan ruang baharu bagi pasar basah dan pasar kering, selain kemudahan awam seperti tandas dan surau.
“Naik taraf itu juga akan merangkumi penambahbaikan infrastruktur iaitu jalan dan tapak letak kenderaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Muhammad Zahiruddin, selepas selesai naik taraf, Pasar Jasin memberi lebih keselesaan bukan sahaja kepada peniaga, bahkan seluruh warga Jasin dan rakyat Melaka yang mahu membeli pelbagai barangan keperluan asas di situ.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
34 SYARIKAT MELAKA TERSENARAI DI BURSA MALAYSIA, 2 LAGI MENYUSUL
BANDA HILIR 8 Ogos - Sebanyak 34 syarikat dari Melaka kini tersenarai di Bursa Malaysia, manakala dua lagi syarikat milik...
HLN 2026: ELEMEN AIR, ARCA GAJAH JADI IDENTITI PAVILION MPAG
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Konsep terbuka, mesra alam dan santai diketengahkan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerusi hiasan Pavilion...
‘KECIL-KECIL CILI PADI’, MPJ HARUMKAN NAMA MELAKA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengharumkan nama Melaka apabila merangkul Anugerah Rosa-Sinensis Penarafan Taman Awam 2026...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA GAMATKAN JASIN HUJUNG MINGGU INI
RIM 8 Ogos - Buat julung kalinya, Festival Sungai Melaka diperluaskan ke daerah Jasin dengan beberapa pengisian menarik bagi merancakkan...
HLN 2026: MELAKA CIPTA REKOD HASILKAN 361 PERABOT DARI SISA KAYU
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Sebanyak 1,200 palet kayu terpakai berjaya ditransformasikan menjadi 361 unit perabot menerusi Program Kitar Semula...
HLN 2026: MELAKA ‘DIGITALKAN’ 70,753 POKOK
PAYA RUMPUT 7 Ogos - Sebanyak 70,753 data inventori pokok direkodkan menerusi sistem MyTrees@Melaka yang telah dibangunkan dibangunkan pada 2017,...
