Sorting by

×

PASAR TERAPUNG MELAKA BAKAL DIBUKA SEMULA JUN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Mei – Pasar Terapung Melaka atau Melaka Floating Market di Dataran Pengkalan Rama akan dibuka semula selepas kerja-kerja pembinaan jambatan pejalan kaki siap pada Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, kesemua 30 peniaga di pasar terapung itu telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan menerima diskaun bayaran sewa tapak.

Katanya, diskaun sebanyak 50 peratus diberikan kepada semua peniaga di pasar terapung dan Windmill Pink Market susulan kerja naik taraf yang sedang dilakukan itu.

“Diskaun diberikan kepada peniaga atas faktor selenggaraan, kerja-kerja pembinaan jambatan pejalan kaki oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang membawa faktor pengunjung berkurang.

“Di pasar terapung pula kita benarkan beroperasi selepas kerja-kerja pembinaan jambatan pejalan kaki siap dan pihak penganjur telah menampal notis pemakluman penyelanggaraan pasar terapung berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi pasar terapung mendapati meskipun tidak beroperasi namun pencahayaan menerangi kawasan pasar terapung itu memberi jaminan keselamatan buat pengunjung yang menjadikan lokasi tersebut sebagai kawasan untuk bersantai dan beriadah pada malam minggu.

Turut kelihatan notis pemakluman dalam tiga bahasa yang ditampal di tiang pasar terapung memaklumkan bot-bot di situ sedang diselenggara dan ditambah baik untuk keselesaan peniaga pada masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post JPJ MELAKA KESAN ‘YOUTUBER’ TUNGGANG SKUTER ELEKTRIK DI LEBUH AMJ
Next post ‘MPHTJ RUNNING COMMUNITY’ SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT