
Pasar terapung sudah 60 peratus siap
KOTA LAKSAMANA 31 Januari – Kemajuan pembangunan ‘Floating Market’ atau Pasar Terapung di Sungai Melaka Fasa 2 kini sudah mencapai lebih 60 peratus.
Jurucakap Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berkata, tarikan pelancongan baharu itu dijangka beroperasi menjelang penghujung Februari ini.
“Kita menjangkakan pasar ini adalah antara yang paling terbesar di Malaysia kerana melibatkan 30-50 unit gerai terapung selain lebih 200 kiosk.
“Pelbagai produk keluaran orang Melaka bakal ditawarkan kepada pengunjung seperti kraf tangan, makanan dan minuman. Jom beramai-ramai meriahkan pasar terapung sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.
Menurutnya operasi pasar itu menambah satu lagi tarikan baharu di Negeri Melaka yang popular sebagai persinggahan pengunjung selain pelancong domestik dan antarabangsa.
“Malah, usaha ini membuka peluang kepada anak Melaka untuk menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan impak daripada industri pelancongan Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JKM SINGGAH DI LEBIH 1,400 KEDIAMAN SEPANJANG WRUR
BANDA HILIR 3 Jun - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni penghuni dalam kalangan golongan kurang berkemampuan di 1,450 rumah seluruh...
WRUR BANDA HILIR : SENTUHAN MESRA WAKIL RAKYAT BUAT PENDUDUK RASA DIHARGAI
BANDA HILIR 3 Jun - Kunjungan wakil rakyat ke rumah penduduk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
RANCAKKAN AKTIVITI UNTUK ANAK MUDA
MACHAP JAYA 3 Jun - Program-program untuk anak muda akan terus dirancakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya sebagai...
UNIMEL SEMAKIN DISEGANI, JADI PILIHAN RAMAI
KUALA LINGGI 3 Jun - Kemampuan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) untuk melahirkan graduan berkualiti dan mengikut keperluan pasaran kerja semasa...
WRUR BANDA HILIR: SENTUHAN MESRA MBMB CERIAKAN LIMA KELUARGA
BANDA HILIR 3 Jun - Senyuman terukir pada wajah lima keluarga kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir...
KEUNIKAN MELAKA ‘PIKAT’ PELAJAR SAMBUNG PENGAJIAN DI UNIMEL
KUALA LINGGI 3 Jun - Kepelbagaian seni, warisan, budaya dan sikap peramah orang Melaka antara faktor yang 'memikat' pelajar luar...

