1,517 rakyat Melaka jadi mangsa jenayah siber tahun lalu

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 31 Januari – Kes penipuan membabitkan pembelian dalam talian direkodkan sebagai kes jenayah siber tertinggi di Negeri Melaka selepas 528 kes telah dilaporkan pada tahun lalu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,517 kes jenayah siber yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka sepanjang 2023.

Menurut Fairul Nizam, selain penipuan pembelian dalam talian, antara kes jenayah siber kedua tertinggi direkodkan ialah penipuan pelaburan tidak wujud yang merekodkan sebanyak 296 kes, diikuti tipu pinjaman tidak wujud (259 kes) serta tipu siber melibatkan TAC, peraduan dan lain-lain (221 kes).

“Antara kes jenayah siber lain yang dilaporkan melibatkan tipu phone scam sebanyak 156 kes; diikuti tipu love dan parcel scam (46 kes); tipu tawaran pekerjaan (45kes) dan tipu tawaran pekerjaan (45 kes).

“Turut direkod ialah penipuan menyamar sebagai rakan untuk meminjam wang sebanyak 20 kes,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, berdasarkan data Polis Melaka, antara mereka yang sering menjadi sasaran penipuan ialah berusia dalam lingkungan 17 hingga 60 tahun.

“Menurut statistik dan laporan yang diberikan turut dimaklumkan golongan pekerja swasta antara yang tertinggi menjadi sasaran jenayah siber dengan 732 mangsa.

“Selain itu, seramai 300 penjawat awam turut menjadi mangsa jenayah siber sepanjang tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

719
Kongsi :
Previous post Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Next post Pasar terapung sudah 60 peratus siap
Ubah saiz-+=