Sorting by

×

PEGAWAI IMIGRESEN MAUT, KERETA REMPUH BELAKANG LORI

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 7 Mac – Pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) maut selepas Toyota Vios dipandu merempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Seri Negeri, di sini, jam3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Mohd Fadzli Ramli disahkan maut di lokasi kejadian.

Christopher, siasatan awam mendapati kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Abdul Razak/MITC menghala ke Bulatan Seri Negeri.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 41 tahun bergerak perlahan di lorong kanan sebelum kereta mangsa dikatakan tiba-tiba merempuh bahagian belakang kenderaan berat itu.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Difahamkan lori terbabit baru tiba di lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja landskap dan penyiraman pokok,” katanya.

Menurut Christopher, pihaknya turut meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian agar tampil bagi membantu melengkapkan siasatan.

“Mangsa yang maut kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

“Selain itu, kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan ditahan bagi pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8
Kongsi :
Previous post HANYA PPS DI JASIN MASIH DIBUKA
Next post MELAKA TERIMA PERUNTUKAN RM9.7 JUTA BINA BAHARU, BAIK PULIH RUMAH PPRS