
Pejabat JPN Johor, pasar dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu
JOHOR BAHRU, 16 Dis – Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu bermula hari ini selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis itu.
Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata penutupan hingga 22 Dis itu bagi membolehkan pelaksanaan tindakan pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan.
“Berdasarkan ujian saringan yang dilakukan, seorang kakitangan Jabatan Pelajaran dan seorang pekerja di Pasar Awam Larkin, positif COVID-19,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Notis perintah tutup premis tersebut tular menerusi media sosial petang tadi.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
‘ROH MELAKA’ LAHIR DARIPADA KEPELBAGAIAN
BANDA HILIR 26 September - Kepelbagaian budaya, bangsa dan tamadun yang hidup bersama sejak berabad lamanya menjadi antara kekuatan utama...
WARISAN KUIH BULAN JADI TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 26 September - Festival Kuih Bulan bukan sekadar wadah meraikan tradisi masyarakat Tionghua, malah berpotensi dikembangkan sebagai produk...
‘ELEMEN VERNAKULAR WAJAR JADI KOMPONEN SAHAJA, BUKAN SEKOLAH’
AYER KEROH 26 September - Sekolah vernakular tidak sepatutnya wujud dalam bentuk sekolah berasingan sebaliknya elemen vernakular hanya perlu dikekalkan...
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...

