
Pekerja kilang cetus kluster baharu di Melaka
AYER KEROH 8 Sept – Melaka merekodkan pertambahan satu kluster baharu di tempat kerja dikenali sebagai Kluster Jalan PBR 12, hari ini.
Menurut hantaran di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan PBR 12 kawasan perindustrian Bukit Rambai, Melaka Tengah dengan jumlah 25 kes positif COVID-19 setakat ini.
“Kes indeks merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia 48 tahun yang dilaporkan positif pada 3 September lalu hasil saringan individu bergejala.
“Kes mula bergejala pada 27 Ogos lalu dan seramai 90 individu telahpun melakukan saringan dan 25 daripadanya disahkan positif COVID-19.
“Pertambahan kluster ini menjadikan sebanyak 62 kluster yang masih aktif di Melaka,” kata kenyataan itu.
Bagi perincian kes harian, sebanyak 375 kes positif direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,588 kes.
“Perincian bagi kes hari ini adalah 350 kes tempatan, tiga kes import b dan 22 kes banduan.
“Bagi pecahan mengikut daerah, sebanyak 252 kes di daerah Melaka Tengah, 80 kes daerah Jasin dan 43 kes daerah Alor Gajah.
“Pertambahan kes menjadikan sebanyak 7,322 kes masih aktif di negeri ini yang mana 72 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TANJUNG BIDARA BERSELAWAT HIMPUNKAN LEBIH 5,000 UMAT ISLAM
TANJUNG BIDARA 18 September - Lebih 5,000 umat Islam hadir memeriahkan Program Tanjung Bidara Berselawat sempena Program Wakil Rakyat Untuk...
BIMBINGAN MAIM JADI PEMACU NUR HIDAYAH BINA KEJAYAAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Bermula sebagai mualaf yang menerima bimbingan dan sokongan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Nur Hidayah...
MURID SK LUBOK REDAN TERUJA ‘UJI NASIB’ JAWAB SOALAN SPONTAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA, 18 September - Suasana di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Redan gamat dengan sorakan murid apabila Ketua Menteri Melaka,...
ADUAN RAKYAT JADI ‘PETA’ KERAJAAN NEGERI PACU MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 18 September - Aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini menjadi antara sumber...
LAMPU ISYARAT BAHARU LEGAKAN PENDUDUK PENGKALAN BALAK
TANJUNG BIDARA 18 September - Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Taman Perindustrian Pengkalan Balak, Masjid Tanah, diharap mampu mengurangkan risiko...
WRUR TANJUNG BIDARA: HEBAT TERIMA LEBIH 124 ADUAN
TANJUNG BIDARA 18 September - Sebanyak 124 aduan rakyat diterima sepanjang Program Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT) sempena Program Wakil...
