
Pelancong terkandas di Pulau Perhentian diselamatkan hari ini
KUALA BESUT, 28 Feb – Kesemua 385 pelancong yang terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas kini sedang dibawa keluar daripada pulau tersebut mulai pagi ini.
Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata kesemua pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi itu dibawa keluar menggunakan 15 bot pelancong bermula 7.30 pagi tadi.
“Keadaan cuaca yang baik dan laut yang tidak lagi berombak kuat membolehkan kita bawa keluar semua pelancong tersebut. Kesemua 15 bot itu akan berulang-alik dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut sehingga semua pelancong selamat keluar daripada pulau ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Kesemua pelancong yang menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian itu terkandas sejak Jumaat lepas ekoran keadaan laut bergelora dan angin kencang.
Situasi tersebut menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TANJUNG BIDARA: 30 SUKARELAWAN KUASAI KEMAHIRAN PARAKOM TAHAP 2
TANJUNG BIDARA 18 September - Seramai 30 peserta yang sebelum ini mengikuti latihan Paramedik Komuniti (PARAKOM) Tahap Satu memperkukuh kemahiran...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA LABUH TIRAI PENUH KESYUKURAN, 425 BERSELAWAT ATAS BOT
BANDARAYA MELAKA 18 September - Seramai 425 peserta menyusuri Sungai Melaka menaiki 20 bot Melaka River Cruise sambil mengalunkan selawat...
WRUR TANJUNG BIDARA: MPAG KOMITED PASTIKAN PESISIR PANTAI BERSIH, TERJAGA
TANJUNG BIDARA 18 September - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memastikan kawasan persisiran Pantai Tanjung Bidara di sini berada...
ILMU PARAKOM JADI ‘BEKAL’ BANTU MANGSA LANGGAR LEMBU
TANJUNG BIDARA 18 September - Belum sempat 'sejuk' ilmu dipelajari ketika menghadiri kursus Paramedik Komuniti (PARAKOM), seorang sukarelawan berpeluang mengaplikasikan...
ANAK MELAKA PERLU REBUT PELUANG BIASISWA PETRONAS
TANJUNG BIDARA 18 September - Anak Melaka perlu merebut peluang pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk...
BERPIDATO BENTUK JATI DIRI, BINA KARAKTER ANAK MELAKA
AYER KEROH 18 September - Penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri...
