
Pelancongan kembara tarik minat pelajar dalami sejarah
BANDA HILIR 18 Ogos – Kira-kira 60 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Parit Melana mengikuti kaedah pembelajaran luar bilik darjah untuk subjek Sejarah.
Kesemua mereka diajar dengan kaedah menarik menerusi Program Pelancongan Pelajar Kembara ProBEST@AG bersama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) di Muzium Rakyat, di sini, semalam.
Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Zaidi Attan berkata, tujuan program terbabit diadakan untuk mendatangkan minat murid-murid terhadap sejarah.
Katanya, kaedah pembelajaran luar bilik darjah itu memberi kelainan kepada murid-murid dan lebih mudah untuk mereka mengingati fakta sejarah itu sendiri.
“Cikgu perlu lebih kreatif dengan menyediakan bahan-bahan pembelajaran menjadikan subjek Sejarah ini menarik, dan program ini antara langkah yang diambil.
“Program ini merupakan pemula, projek rintis. Kita menerima sambutan yang amat positif dan di peringkat Perzim, kita akan lihat kebolehlaksanaan untuk meneruskan lagi program ini,” katanya selepas merasmikan program berkenaan.
Hadir sama, Pengurus Besar Perzim, Drs. Mohd Nasruddin Rahman; Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid JPN Melaka, Jamsari Mariman serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
