Pelancongan Melaka ‘tidak cuti’ Aidilfitri ini

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 April – Hampir kesemua tarikan pelancongan Negeri Melaka akan beroperasi seperti biasa sepanjang Aidilfitri ini, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan anak rantau yang pulang ke kampung untuk berhari raya dapat mencuri peluang untuk merasai tarikan pelancongan yang tersedia di negeri ini.

Menurutnya, antara produk pelancongan yang boleh dinikmati pengunjung sepanjang Aidilfitri ialah seperti Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, muzium-muzium dan lain-lain lagi.

“Bila tiba musim perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri sudah pasti ramai yang akan berkunjung ke Melaka dan kita telah bersedia untuk menerima kehadiran mereka khususnya yang datang dari luar Melaka.

“Jadi, tarikan pelancongan utama kita akan beroperasi seperti biasa memandangkan pekerja dalam sektor ini berbilang bangsa yang mana ia tidak menjadi masalah untuk produk-produk kita menerima kunjungan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Melaka di sebuah hotel, di Bukit Cina, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa’ari Basiron dan ketua-ketua jabatan serta penggiat industri pelancongan.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, pihaknya bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka akan turut mengadakan majlis sambutan kepulangan anak rantau ke Melaka.

Katanya majlis itu akan diadakan pada malam 19 April (esok) bertempat di Pintu Gerbang Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1566
Kongsi :
Previous post Sungai Rambai jadi hab kuih tradisional, tarik pengunjung
Next post Pasar malam ‘bebas karbon’ Semabok beroperasi Mei depan
Ubah saiz-+=