
Pemandu cedera kereta terbabas rempuh tiang lampu
KOTA LAKSAMANA 30 Ogos – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya gagal dikawal sebelum merempuh tiang lampu di Jalan Syed Abdul Aziz berhampiran sebuah kompleks beli-belah di sini, pagi tadi.
Dalam kemalangan pada jam 7.15 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai juruwang kedai serbaneka cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pusat Perubatan Mahkota menghala ke Kota Shahbandar.
Katanya, kereta dipandu bagaimanapun gagal dikawal sehingga merempuh tiang lampu di tengah jalan terbabit sebelum kenderaan itu memasuki laluan arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera di kepala dan luka tangan dan lutut kiri.
“Mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan dia dirawat di zon merah hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada saksi bebas tampil memberikan keterangan berkaitan kejadian tersebut.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
