Yakult Fiesta 2023 meriah!

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SEREMBAN 30 Ogos – Yakult Fiesta 2023 yang dianjurkan syarikat Yakult (M) Sdn Bhd, pada 26 Ogos lalu berlangsung meriah apabila menarik kehadiran kira-kira 1,500 pengunjung.

Program yang diadakan di Kilang Yakult di Seremban, Negeri Sembilan itu bukan sahaja disertai pelanggan setia Yakult, bahkan turut menarik minat rakan-rakan strategik dan orang ramai.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroki Yanase dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan dan mengiktiraf sokongan berterusan daripada pelanggan serta rakan strategik.

Jelasnya, penganjuran itu merupakan manifestasi Yakult dalam mempromosikan penjagaan kesihatan bersama komuniti.

“Kejayaan penganjuran Yakult Fiesta 2023 kali ini adalah kerana sokongan berterusan para pelanggan dan juga rakan strategik kami.

“Semoga acara ini dapat mendekatkan lagi hubungan kami dengan komuniti sebagai keluarga besar Yakult. Kami juga berharap agar acara ini dapat memberi kegembiraan dan mengeratkan hubungan kami bersama orang ramai,” katanya.

Perasmian fiesta tersebut turut dihadiri Pengarah Kilang Yakult Malaysia Yuji Yoshida dan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Seremban Fazeerul Akmar Ahmad.

2
ANTARA aktiviti menarik untuk pengunjung.

Pada acara itu, para pengunjung dapat menyaksikan sendiri penghasilan minuman ikonik probiotik Yakult.

Selain itu, pengunjung juga dapat berhibur dengan pelbagai permainan karnival, pertandingan mewarna dan juga persembahan menarik oleh sekolah-sekolah dari Negeri Sembilan.

Paling mencuri tumpuan ialah pertunjukan fesyen keluarga, di mana para peserta mempamerkan gaya unik masing-masing untuk menambat hati juri.

3
SJKC Ladang Sua Betong juara pertandingan kitar semula sekolah-sekolah di Negeri Sembilan.

Selain itu, dalam menjaga kelestarian alam sekitar, Yakult turut menganjurkan pertandingan kitar semula membabitkan sekolah-sekolah di Negeri Sembilan berkonsepkan penggunaan inovatif botol-botol Yakult pada Julai lalu sebagai gimik pra-acara Yakult Fiesta 2023.

Hasil inovasi dan kreativiti yang dipamerkan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Sua Betong dinobat sebagai juara pertandingan tesebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1484
Kongsi :
Previous post Pemandu cedera kereta terbabas rempuh tiang lampu
Next post Melaka hasrat wujudkan muzium maya
Ubah saiz-+=