Melaka hasrat wujudkan muzium maya

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 30 Ogos – Sebagai usaha untuk merealisasikan pembinaan muzium maya (virtual museum) pada masa hadapan, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) melaksanakan pendigitalan terhadap 26,000 dokumen dan artifak milik perbadanan itu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Zaidi Attan berkata, pelaksanaan pendigitalan itu telah dimulakan sejak bulan lalu dan dijangka berakhir pada tahun 2027.

Katanya, pelaksanaan pendigitalan itu juga dilakukan menerusi pelan strategik Perzim menuju era pendigitalan pada masa hadapan.

“Berkonsepkan ‘dream’, ‘explore’ dan ‘discover’, Perzim akan mengutamakan pelaksanaan pendigitalan itu terhadap mana-mana artifak dan dokumen yang utama serta penting untuk dilakukan secara berperingkat dan berakhir pada tahun 2027,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan pemantauan ke Bukit Melaka di sini hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perzim, Drs Mohd Nasruddin Rahman.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata pihaknya juga akan meletakkan kod QR yang terdapat di sekeliling tinggalan sejarah di Bukit Melaka atau turut dikenali sebagai Bukit St. Paul/

“Kod QR itu akan diletakkan di batu nisan (makam) British dan Belanda yang terdapat di Bukit Melaka ini.

“Tujuannya adalah memberi pengenalan dan pendedahan kepada pelancong, selain menerangkan perbezaan binaan bangunan dan maklumat dari segi kejuruteraan milik Perzim,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

874
Kongsi :
Previous post Yakult Fiesta 2023 meriah!
Next post Semangat merdeka Orang Asli Melaka
Ubah saiz-+=