
Pemandu lori dituduh bunuh anak tiri
TAMPIN 19 Feb. – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak tiri perempuannya berusia empat tahun, awal bulan ini.
Abu Hassan Darus, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori simen hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Abu Hassan dituduh membunuh mangsa dengan niat di sebuah rumah di Kampung Halacara Baru Londah, Gemas di sini, antara jam 3 hingga 5 petang, 1 Februari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan laporan kimia serta bedah siasat.
Media pada 12 Februari lalu melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut kerana disyaki didera bapa tirinya dan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala, kesan lebam di kedua belah pergelangan tangan dan kaki serta kesan gigitan di badan selain tiga tulang rusuk kirinya patah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA HAB PELANCONGAN PERUBATAN TERKEMUKA, PINTAR DAN MAMPAN
AYER KEROH 25 Jun - Kerjasama dengan Philips, iaitu syarikat pengeluar peralatan elektrik dan elektronik bagi kegunaan perkhidmatan kesihatan bakal...
19 PROGRAM KEAGAMAAN SEMARAKKAN WRUR DUN BEMBAN
BEMBAN 25 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban tidak hanya ditumpukan kepada kaedah...
DUA SRA JAIM DI DUN BEMBAN PERLU TAMBAHAN BANGUNAN BAHARU
BEMBAN 25 Jun - Dua Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban...
PERZIM USAHA DAPATKAN AKSES DOKUMEN SEJARAH MELAKA DI PELBAGAI NEGARA
MELAKA 25 Jun - Kerajaan negeri melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan berusaha mendapatkan akses kepada catatan, surat dan dokumen...
KERJASAMA ILMIAH ANTARABANGSA, PERBETUL NARATIF SEJARAH MELAKA MASA LALU
AYER KEROH 25 Jun - Kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda mampu memberikan gambaran naratif sebenar berhubung...
WRUR BEMBAN RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR KAMPUNG ASAM KUMBANG
BEMBAN 25 Jun - Sumbangan mesin basuh dan peti sejuk, sedikit sebanyak menceriakan serta meringankan beban perbelanjaan lima keluarga di...