
Pemandu van sekolah dibebaskan dengan jaminan polis
SEPANG 13 Nov – Pemandu van sekolah yang ditahan selepas dipercayai melanggar seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun hingga maut di Taman Seroja, Sepang dekat sini semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata pihaknya telah mengambil keterangan pemandu wanita berusia 31 tahun itu dan kertas siasatan berhubung kemalangan tersebut telah dibuka.
“Siasatan awal mendapati, van yang digunakan oleh pemandu tersebut juga mempunyai cukai jalan yang sah. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, kanak-kanak perempuan tersebut maut dilanggar van sekolah ketika melintas di hadapan kenderaan itu untuk memasuki rumah transit di Taman Seroja kira-kira 12.10 tengah hari.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu van menghantar mangsa ke rumah transit sebelum ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan namun meninggal dunia ketika menerima rawatan dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Md Noor Aehwan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
