Sorting by

×

Pembekal jangan ambil kesempatan sorok ayam mentah – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN RAMA 23 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan melakukan pemantauan bagi memastikan pembekal ayam tidak menyorokkan bekalan ayam berikutan skim harga kawalan bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Negeri, Ngwe Hee Sem berkata, pemantauan itu dilakukan dalam tempoh dua minggu ini bagi memastikan tidak ada pembekal ayam mentah melakukan perkara tersebut.

“Saya akan turun padang bersama KPDNHEP untuk berjumpa pengusaha ayam.

“Kita akan periksa sama ada stok ayam mentah mereka mencukupi atau tidak untuk dibekalkan kepada peniaga.

“Jadi kita minta supaya pembekal atau peniaga jangan cuba menyorok bekalan ayam disebabkan subsidi harga bahan mentah ini tamat hujung bulan inj,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat RTM Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pembekal ayam di negeri ini bagi mendapatkan cadangan antara satu sama lain.

“Kita akan berjumpa dan berbincang bersama semua pembekal atau peniaga ayam mentah ini untuk mendengar cadangan daripada mereka.

“Kita ada akta boleh saman atau kompaun kalau harga ayam yang dijual terlalu tinggi, peniaga ayam jangan jual dengan harga yang tidak munasabah,” katanya.

Semalam kerajaan mengumumkan bermula 1 Julai ini, tidak ada lagi subsidi diberikan kepada penternak ayam sebaliknya ia akan disalur secara langsung kepada rakyat yang dianggap lebih memerlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu bagi memastikan bebanan kenaikan harga ayam tidak terlalu dirasai dengan adanya sumbangan tunai daripada kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1180
Kongsi :
Previous post Enam sekeluarga selamat rumah dilanda banjir
Next post Tajuk-tajuk Utama Akhbar – Khamis 23 Jun 2022
Ubah saiz-+=