
Enam sekeluarga selamat rumah dilanda banjir
BANDARAYA MELAKA 23 Jun -Enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar diselamatkan selepas kediaman mereka di Jalan Bukit Senjuang dilanda banjir kilat pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7 pagi tadi memaklumkan rumah berkenaan dinaiki air.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati kediaman itu dinaiki air sedalam 0.3 meter dan seorang lelaki warga emas berusia 87 tahun terlantar sakit akibat kanser.
“Berikutan itu, bomba menyelamatkan lelaki warga emas itu serta lima beranak lain berusia antara 11 hingga 80 tahun.
“Semua mangsa dipindahkan ke rumah jiran berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
