Pencen RM1,698.13 hadiah terakhir untuk isteri, tiga anak

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BEMBAN 31 Januari – Balu tiga anak yang kehilangan suami pada 19 Januari lalu akibat barah pankreas menerima pencen penakat berjumlah RM1,698.13 yang dibayar setiap bulan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, bayaran itu diterima memandangkan arwah suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori telah mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurut beliau, selain pencen penakat, waris turut menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.

“Siti Maziah merupakan balu kepada Mohd Fazli Mohd Saad, 44, tahun yang meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pankreas dihidapinya sejak September 2023.

“Arwah (Mohd Fazli) meninggalkan tiga anak yang masih bersekolah berusia lingkungan tujuh hingga 15 tahun, isterinya tidak bekerja dan menjadi suri rumah sejak berkahwin pada tahun 2008.

“Jadi saya dan pihak Perkeso Melaka datang untuk menziarahi keluarga ini serta menyampaikan sumbangan yang layak diterima mereka kerana arwah adalah pencarum Perkeso,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan faedah berkenaan kepada balu arwah di kediaman mereka di Kampung Tehel, di sini.

Hadir sama Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar.

Mengulas lanjut, Hee Sem menggesa orang ramai supaya segera membuat aduan kepada Perkeso jika terdapat majikan yang tidak membuat caruman kepada pekerja mereka.

“Saya nasihatkan kepada pekerja jika majikan tidak membuat caruman mereka boleh laporkan kepada Perkeso,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

852
Kongsi :
Previous post Pekerja asing huni penginapan daif, kotor
Next post Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Ubah saiz-+=