Penduduk kampung buat saringan kanser percuma

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

ASAHAN 17 Jun – Lebih 500 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan mengambil peluang dengan membuat saringan kanser secara percuma, hari ini.

Saringan itu dijalankan menerusi Program Ujian Kanser Marker yang bertujuan memberi kesedaran kepada golongan berusia 40 tahun ke atas untuk menjaga kesihatan.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata inisiatif itu juga bagi menyahut sasaran Kerajaan Negeri untuk melakukan pemeriksaan kanser terhadap 5,400 penduduk di negeri ini.

“Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM), mengalu-alukan rakyat Negeri Melaka untuk mengambil bahagian dan memanfaatkan Program MBIO SIHAT/Program Ujian Darah Untuk saringan kanser percuma ini.

“Saya lihat penduduk di Asahan ini memberi sokongan memberansangkan, setakat jam 10 pagi tadi hampir 200 penduduk yang telah hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas program itu di Dewan MPJ Hang Kasturi Selandar, di sini, hari ini.

IMG-20230617-WA0007
ORANG ramai tidak melepaskan peluang membuat saringan kanser secara percuma pada program tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan berkata, setakat ini kesedaran masyarakat terhadap kanser masih rendah di Melaka.

“Jadi kita menguar-uarkan program ini untuk memastikan rakyat di negeri ini khususnya penduduk kampung dapat membuat saringan kanser.

“Yang paling penting kita nak mensasarkan semua rakyat Melaka sedar tentang pentingnya saringan awal kanser,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1620
Kongsi :
Previous post Mahligai tersembunyi dalam ceruk kampung
Next post TMM2024: Taman Budaya setiap kaum di Melaka akan diwujudkan – KM
Ubah saiz-+=