
Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.
Difahamkan berita sedih itu dimaklumkan ‘hero’ penderma hati negara, Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.
Katanya, Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 5 pagi tadi.
“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan Mohd Afiq Ikmal kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.
Allahyarham menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya walaupun antara mereka tiada pertalian saudara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TERIMA KASIH JAGA MELAKA’ – AB RAUF ZAHIR PENGHARGAAN BUAT 5,000 PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 22 September - Lebih 5,000 penjawat awam negeri dan Persekutuan menerima penghargaan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
‘MELAKA TAK RELAKS’ TANDA NEGERI SEDANG BERGERAK MAJU – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - ‘Melaka tak relaks’ bukan sekadar menggambarkan padatnya jadual program dan aktiviti kerajaan, sebaliknya menjadi tanda...
JADIKAN MELAKA SAYANG RAKYAT JIWA PERKHIDMATAN AWAM – AB RAUF
AYER KEROH 21 September - Menjadikan Melaka Sayang Rakyat sebagai jiwa perkhidmatan menjadi antara tiga pesanan utama Ketua Menteri Datuk...
MELAKA PERUNTUK RM100,000 UNTUK PEMBANGUNAN BAKAT PENJAWAT AWAM
AYER KEROH 21 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM100,000 bagi pembangunan bakat dan kompetensi penjawat awam Melaka dalam usaha...
93.6 PERATUS PUAS HATI PERKHIDMATAN AWAM MELAKA
AYER KEROH 21 September - Kadar kepuasan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan awam negeri melonjak kepada 93.6 peratus pada Fasa 1...
MELAKA CIPTA REPUTASI ANJUR 2,092 PROGRAM, REKOD 6 JUTA KEHADIRAN
AYER KEROH 21 September - Sebanyak 2,092 program utama anjuran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah dilaksanakan di Melaka sepanjang...
