Pengamal media berkumpul di WTC

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Lebih 20 pengamal media pelbagai agensi mula berkampung di Menara Dato’ Onn, di sini, bagi melaporkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengenai kemelut politik di Melaka.

Semua pengamal media berkenaan berkumpul di bangunan berkenaan sejak jam 7 malam tadi bagi mengikuti perkembangan mesyuarat berkenaan.

Difahamkan mesyuarat berkenaan dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam dengan dihadiri barisan ahli MKT.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang juga Ahli MKT.

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (kanan) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) tiba di pekarangan Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC) jam 8.20 malam tadi.

Dua pemimpin UMNO Melaka itu dijangka akan membentangkan situasi politik di negeri ini manakala mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai keputusan parti sama ada akan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS atau sebaliknya.

Difahamkan Sulaiman dan Ab Rauf sudah berada di bangunan berkenaan sejak jam 3 petang tadi.

Setakat jam 8 malam, beberapa ahli MKT sudah tiba di pekarangan bangunan berkenaan antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Views:

743
Kongsi :
Previous post ATM pamer 106 aset sempena latihan kuasa tembakan 2021
Next post Terap nilai KKP dalam kalangan pelajar – Sulaiman
Ubah saiz-+=