
Penganggur belia tidak akan terpinggir
AYER KEROH 26 Jun – Melaka tidak akan meminggirkan isu membabitkan golongan belia di Melaka yang hilang pekerjaan sepanjang musim penularan pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan data-data jawatan kosong yang ada di negeri ini dan akan memaklumkannya makluman terkini dari semasa ke semasa
“Saya sudah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) mendapatkan data jawatan kosong dalam sektor perindustrian dan dalam masa terdekat kita akan maklumkannya kepada golongan belia.
“Selain itu, kita juga telah meminta ‘Jobs Malaysia’ untuk hadir ke mesyuarat post-exco akan datang untuk mengenal pasti dan membentangkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang yang boleh ditawarkan kepada mereka yang terjejas,” katanya.
Tambah Mohd Rafiq, pihaknya akan menggunakan medium-medium terbaik untuk menyampaikan makluman terkini mengenai jawatan kosong yang boleh dimohon belia negeri ini.
“Kita bukan sahaja menggunakan media sosial, tetapi juga akan maklumkan kepada media-media lain,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
