
YADIM Peduli: 40 kakitangan penjara Melaka terima bantuan
AYER KEROH 26 Jun – Seramai 40 kakitangan penjara seluruh Melaka yang kurang bernasib baik telah menerima bantuan khas dalam program Jelajah Sinar Kasih Musaadah Covid-19 di Penjara Dusun Dato’ Murad, di sini pagi tadi.
Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu merupakan siri pertama yang dijalankan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya di saat negara dilanda pandemik Covid-19, disamping mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.
Bantuan berupa wang tunai itu telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka, PKP Muhamad Kamal Shamsuddin.
Turut hadir, Penyelaras YADIM Melaka, Muzaffar Abdul Rahim dan Pengarah Komisioner Penjara (PKP) Dusun Datuk Murad, Zamzuri Ghani.
Selain penyampaian bantuan, turut diadakan sesi perkongsian pengalaman oleh Pertubuhan Ilmu Kebajikan Dakwah Malaysia (PIKDM) yang disampaikan pengerusinya, Zanida Abbas.
Views:
Related


Berita Lain
PERCUTIAN NOSTALGIA RUMAH KAMPUNG TENGAH BANDAR
KOTA LAKSAMANA 12 Februari - Mahu merasai pengalaman bercuti sambil mengimbau nostalgia menginap di rumah tradisional, namun mahukan lokasinya berada...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22
BUKIT PALAH 12 Februari - Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan...
SISTEM MYASNAF JAMIN KETELUSAN BANTUAN MAKANAN BULANAN MAIM
TELOK MAS 12 Februari - Sistem MyAsnaf yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus diperkasakan bagi memudahkan golongan...
KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT DAPAT SAMBUTAN HEBAT
PAYA RUMPUT 12 Februari - Penganjuran Karnival Demi Paya Rumput bukan sekadar aktiviti hiburan dan kemasyarakatan, sebaliknya menjadi platform penting...
MPHTJ ‘NYALAKAN’ SEMANGAT TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 12 Februari - Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyemarakkan suasana dengan pemasangan...
YB RAIS DENGAR DENYUT NADI PENIAGA PASAR MALAM
PAYA RUMPUT 12 Februari - Program Walkabout tiga pasar malam utama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menjadi antara...
