Melaka ikrar ‘sifar lubang’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KOTA LAKSAMANA 27 Jun – Melaka menjadi negeri keempat melaksanakan semula Ikrar Aku Janji Zero Potholes atau Sifar Lubang sebagaimana diarahkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Ir Ismail Abd Rahman berkata pihak kementerian mengarahkan semua JKR negeri, daerah dan syarikat konsesi melaksanakan ikrar berkenaan bagi memastikan keadaan jalan raya terjamin demi keselamatan pengguna.

Katanya, ikrar itu bagi memastikan tiada jalan berlubang berlaku di negeri masing-masing.

“Setakat ini tiga negeri sudah melaksanakan ikrar berkenaan iaitu Pahang, diikuti Johor dan Terengganu.

“Melaka menjadi negeri keempat melaksanakan ikrar itu,” katanya ketika ditemui MHI pada Majlis Menandatangani Ikrar Aku Janji Sifar Potholes di pejabat JKR negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrstruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad menyaksikan acara menandatangani ikrar berkenaan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata ikrar itu turut memastikan jurutera di daerah masing-masing mengambil tindakan pantas untuk membetulkan jalan yang berlubang di negeri ini.

“Jika terdapat aduan, maka kita akan buat dalam tempoh satu hari bagi tampalan sementara manakala tampalan kekal dalam tempoh tiga hari.

“Kita turut melakukan rondaan berkala yang dijalankan Unit Peronda JKR.

“Pihak JKR negeri akan menjalankan kerja tampalan di jalan negeri manakala bagi Jalan Persekutuan akan dilakukan oleh Syarikat Selia Selenggara,” katanya.

Views:

591
Kongsi :
Previous post YADIM Peduli: 40 kakitangan penjara Melaka terima bantuan
Next post “Tak boleh peluk, salam banduan”
Ubah saiz-+=