
Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
IPOH 25 Jun – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Restu Jaya, Bercham pada 12 Jun lepas.
K. S. Sugan, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Siti Nora Sharif, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa membunuh ibunya S. Indra, 60, di sebuah rumah di Taman Restu Jaya, antara 1 pagi hingga 9.30 pagi, 12 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuranisah Ismah Muhammad Husaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita warga emas itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah dua minggu lepas.
Hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala dan leher mangsa disebabkan trauma tumpul dan kes diklasifikasi sebagai kes bunuh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...
PERMULAAN TRANSFORMASI BAHARU DUYONG
DUYONG 12 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bakal menjadi titik mula ke arah transformasi pentadbiran baharu di...
1,000 GAMATKAN MELAKA CITY FUN RUN & RIDE 3.0
BANDA HILIR 12 Julai - Lebih 1,000 peserta menggamatkan Melaka City Fun Run & Ride 3.0 sempena Vibrant Melaka 2.0:...
PENGAKAP KELANA EJEN PROMOSI MELAKA DI FORUM ANTARABANGSA
AYER KEROH 12 Julai - Seramai enam orang Pengakap Kelana Melaka telah terpilih mengikuti International Scouth Youth Leadership Forum 2025...
LIMA PASANGAN MUALAF MELAKA SELAMAT DIIJABKABULKAN
KESIDANG 12 Julai - Seramai lima pasangan dalam kalangan 'saudara baharu' selamat diijabkabulkan pada Program Pernikahan dan Walimatul Urus Mualaf...
BERITA GEMBIRA BUAT PESAWAH DUN KLEBANG
KLEBANG 12 Julai - Pesawah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang yang sebelum ini berdepan masalah kekurangan air bagi...