
Penganggur didakwa pukul, ludah anggota RELA
LUMUT 19 Mei. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di Pasar Awam Looking Good, Kampung Koh, Sitiawan, Sabtu lalu.
Yeap Sen Sing, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar.
Bapa dua anak itu didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Hong Koh Hwa, 46, seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugasan rasminya di pasar awam berkenaan pada jam 6.40 pagi.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.
Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, tertuduh dipercayai berang kerana tidak dibenarkan masuk ke pasar masih belum dibuka sebelum bertindak kasar memukul dan meludah ke atas Hong yang sedang bertugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PH UMUM 21 CALON BERTANDING PADA PRN MELAKA
MELAKA 25 Oktober - Pakatan Harapan (PH) mengumumkan 21 calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan. Senarai...
PRN MELAKA: BN MELAKA AMAL POLITIK SIHAT, FOKUS KHIDMAT KEPADA RAKYAT
AYER KEROH 25 Oktober - Melaka bukan bumi fitnah, hasutan dan politik kebencian, sebaliknya negeri yang mengutamakan budaya politik sihat...
PRN MELAKA: PENYATUAN BN-PAS DITUNGGU RAKYAT – AB RAUF
AYER KEROH 24 Oktober - Kerjasama strategik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS bersama rakan strategik bagi menghadapi Pilihan Raya...
PRN MELAKA: BN UMUM MANIFESTO SEMINGGU SELEPAS PENAMAAN CALON
AYER KEROH 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seminggu selepas hari...
PRN MELAKA: 13 PENYANDANG KEKAL, BN YAKIN KHIDMAT MEREKA TERUS DITERIMA RAKYAT
AYER KEROH 24 Oktober - Keyakinan terhadap khidmat yang diberikan kepada rakyat menjadi antara asas Barisan Nasional (BN) Melaka mengekalkan...
PRN MELAKA: 8 MUKA BAHARU BN DIGESA KERJA LEBIH KUAT DAN MANTAP
AYER KEROH 24 Oktober - Muka baharu yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) digesa bekerja lebih kuat dan mantap bagi memastikan...
