Pengayuh beca perlu daftar aplikasi Melaka eXcess

Masa Membaca:50 Saat

BANDA HILIR 5 Jun – Pengayuh beca di negeri ini digalakkan membuat pendaftaran menerusi aplikasi Melaka eXcess bagi menjana pendapatan sampingan.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, pengayuh beca boleh menawarkan khidmat penghantaran produk promosi Melaka melalui aplikasi itu.

“Aplikasi ini dilancar bagi membantu menjana pendapatan, jadi tidak salah jika pengayuh beca daftar di dalam aplikasi ini untuk jana semula pendapatan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

“Kepada mereka yang hilang pekerjaan atau terjejas pendapatan, boleh juga maklumkan kepada Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP) untuk mereka sediakan peluang pekerjaan.

“Bila ada peluang perniagaan atau pekerjaan pihak BPP akan maklum kepada mereka supaya ambil inisiatif untuk bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kit makanan untuk pengayuh beca di Menara Taming Sari, hari ini.

Untuk rekod, Melaka eXcess menghimpunkan pemain industri pelancongan negeri dalam pelbagai sektor termasuk agensi pelancongan dan usahawan bagi menawarkan perkhidmatan, produk atau pakej pelancongan mereka.

Pada program itu, seramai 350 pengayuh beca yang berdaftar telah menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Views:

385
Kongsi :
Previous post Kerajaan negeri berganding bahu dengan Mohd Ali makmurkan ekonomi – KM
Next post Infografik Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7, Tun (Dr) Mohd Ali Rustam
Ubah saiz-+=