
Pengeluaran KWSP: Pencarum wajar dapat khidmat nasihat kewangan
Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka.
āKeputusanĀ kerajaanĀ membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadapĀ isu yang melanda rakyat, terutama melibatkan pencarum KWSP.
āWalaupun ekonomi semakin pulih,Ā ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasukĀ musibah banjir baru-baru ini.
āNamun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan,ā katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkanĀ simpanan hari tua rakyat,Ā pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, danĀ berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Sementara itu, pakar ekonomiĀ Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)Ā Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia melibatkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepasĀ bersara.
Beliau berkata di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan.
āAda pencarum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan…mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan. Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP).
āJusteru kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmatĀ kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka,ā katanya.
Bagi pekerja swasta Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembiraā itu telah lama dinantikanĀ bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yang gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan.
āTambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam,ā katanya.
PengumumanĀ ituĀ turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih.
Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan dan keperitan hidup mereka yang terkesan.
āMoga langkahĀ ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kesempitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya,ā katanya.
Monica Leong Peik See pula menyatakan āAkhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan.ā – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


