Penggunaan katil di ICU capai 74 peratus tapi masih terkawal

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

SERI NEGERI 28 Feb – Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Melaka akibat COVID-19 meningkat dengan kadar 74 peratus sehingga semalam.

EXCO Kesihatan Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, biarpun berlaku peningkatan lebih 50 peratus berikutan peningkatan kes harian, namun keadaan di ICU itu masih lagi terkawal.

Katanya, bagi kemasukan pesakit ke hospital biasa membabitkan pesakit kategori 3 dan 4 masih dalam lingkungan 60 ke 70 peratus.

“Sebenarnya kita kena ‘highlight’ berapa ramai yang sembuh sebab kalau kita memperkatakan mengenai jangkitan dan keseriusan kes itu, kita kena lihat berapa kadar jangkitan, berapa kadar sembuh dan juga berapa kadar katil ICU dan juga hospital yang telah digunakan.

“Setakat ini di Melaka masih lagi dalam keadaan yang terkawal dan kita rasa bebanan kepada Frontliners dan kita pun tidaklah seperti yang sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dr Akmal berkata, pihaknya bagaimanapun menjangkakan berlaku penurunan kemasukan pesakit ke ICU susulan program pengambilan vaksinasi yang semakin meluas.

“Kalau sebelum ini, kadar katil ICU melebihi 200 peratus dalam tempoh jangka yang singkat tetapi hari ini walaupun lebih daripada 50 peratus tetapi saya percaya ia masih lagi boleh dikawal”

“Insya-Allah kita menjangkakan kita lihat kalau COVID-19 ini dia ada ‘peak time’ dia tetapi sekarang kita sudah melepasi ‘peak time’. Hari ini kita nampak ada kadar penurunan sedikit demi sedikit daripada sehari ke sehari berikutan daripada hasil dapatan vaksinasi Melaka antara negeri yang tertinggi di dalam Malaysia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

603
Kongsi :
Previous post Ujian bertulis SPM 2021 bermula 2 Mac, libatkan 407,097
Next post Melaka kenal pasti lokasi baharu pemasangan kenderaan elektrik
Ubah saiz-+=