Melaka kenal pasti lokasi baharu pemasangan kenderaan elektrik

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI, 28 Feb – Kerajaan negeri sedang mengenal pasti beberapa kawasan baharu di Melaka bagi membangunkan kilang pemasangan kereta elektrik pertama di negeri ini.

EXCO Perindustrian dan Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Melaka menerima tawaran tiga syarikat di China yang berminat untuk menjadikan negeri ini sebagai platform membina kilang kereta ‘masa depan’ itu.

Katanya, ia termasuklah dari sebuah syarikat pengeluar kenderaan e-hailing dan sebuah lagi syarikat bas elektrik.

“Kita (Melaka) sedang berusaha untuk mengenal pasti kawasan-kawasan baharu bagi menjalankan operasi kilang pemasangan kereta elektrik yang pertama di mana selepas langkah bersama sebuah syarikat China tempoh hari, (dan) kita dapat beberapa lagi tawaran.”

“Kita cuba menjadi yang pertama dalam pembinaan kilang ini dan saya bertanggungjawab untuk merealisasikan perkara itu. Saya percaya dengan terbinanya kilang itu nanti, ia akan memberikan pulangan kepada rakyat sekali gus menyediakan pekerjaan dalam industri kereta masa depan ini,” katanya.

EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Melaka bakal menjadi pusat pemasangan kereta elektrik (EV) pertama negara yang dijangka akan beroperasi seawal suku ketiga tahun 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post Penggunaan katil di ICU capai 74 peratus tapi masih terkawal
Next post Mohd Ali gesa kerajaan negeri segerakan pendigitalan Melaka
Ubah saiz-+=