Pengundi minta jangan lupa mereka lepas PRU15 – Mohd Ridhwan

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PERINGGIT 18 November – “Sejak semalam (Khamis) rata-rata pengundi di Parlimen Hang Tuah Jaya meminta agar saya tidak melupakan mereka sekiranya beroleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini”.

Itu antara pesanan pengundi kepada Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali sewaktu bertemu mereka dalam walkabout serta ziarah kasih di Rumah Pangsa Pantai Peringgit hari ini.

Mohd Ridhwan berkata, pengundi di Parlimen itu meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau serta parti BN demi memastikan segala permasalahan rakyat dapat didengari dan diselesaikan.

“Kebanyakan pengundi apabila saya bertemu mereka, mereka meminta jika saya berjaya jangan lupakan mereka.

“Bantu mereka kerana mereka meletakkan satu harapan yang tinggi kepada saya dan BN untuk kita menyelesaikan segala masalah atau keperluan mereka.

“Seperti lima janji manifesto saya sebelum ini, BN juga mempunyai manifesto yang padu, mana yang baik untuk kawasan ini, saya akan memastikan dana berkaitan dengan parlimen terus disalurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas mengadakan ziarah kasih di Rumah Pangsa Pantai Peringgit di sini, hari ini.

photo_2022-11-18_15-10-04
Calon Barisam Nasional (BN) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali mengadakan ziarah kasih di Rumah Pangsa Pantai Peringgit, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ujarnya bersyukur pada hari terakhir berkempen beliau menerima respon positif pengundi yang rata-ratanya sudah membuat keputusan untuk mengundi esok.

“Pesanan terakhir kepada pengundi agar jangan lupa keluar mengundi, kita sama-sama lakarkan satu sejarah baharu iaitu perubahan untuk parlimen ini.

“Saya percaya dengan adanya mandat yang diberikan kepada BN kita boleh buat banyak perkara baharu dan inisiatif yang baik untuk masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1353
Kongsi :
Previous post Wajah Shahril Hamdan disembur cat
Next post Melaka antara negeri terkehadapan terima liputan 5G
Ubah saiz-+=