Wajah Shahril Hamdan disembur cat

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

ALOR GAJAH 18 November – Kempen Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berbaki kurang daripada 24 jam lagi dicemari tindakan khianat dengan merosakkan papan iklan yang memaparkan Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan.

Wakil Briged Gempur BN Machap Jaya, Mohd Ghazali Baharuddin menyifatkan tindakan tidak bertamadun dilakukan pihak tidak bertangungjawab dengan menyembur cat ke atas muka calon dikesan pihaknya pada awal pagi tadi.

Dalam tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati tiga papan iklan besar di beberapa lokasi di sekitar kawasan Machap Jaya yang memaparkan wajah calon dicat dengan cat berwarna hijau dan hitam malah ada iklan turut diconteng dengan perkataan ‘loser’ di atasnya.

Mohd Ghazali berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal diatas tindakan tidak matang itu seolah-olah mendakwa mahu menjejaskan reputasi calon dan menunjukkan rasa tidak puas hati kepada parti itu.

“Kami tidak tahu siapa tapi tindakan ini seolah-olah mahu menjejaskan reputasi calon dan dilihat tindakan ini agak kurang matang setelah mendapati tiga lokasi di sekitar kawasan ini disembur cat ke atas muka calon malah terdapat juga poster calon dari parti lain tapi tidak dirosakkan.

“Setelah menerima maklumat dari jentera parti sekitar jam lapan pagi tadi kami terus mengadakan rondaan dan mendapati tiga lokasi iaitu di Taman Manggis, Persimpangan Bukit Bulat dan Persimpangan Ayer Pasir berdepan perkara sama.

“Sebelum ini ada juga papan-papan iklan yang dijatuhkan tapi kami hanya menganggap itu mungkin melibatkan fenomena alam dan mengambil langkah sendiri dengan membaikinya semula tapi kali ini mungkin mereka tidak puas hati mereka menyemburnya pula dengan cat,” katanya.

WhatsApp Image 2022-11-18 at 2.07.39 PM
ANTARA papan poster yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Persimpangan Kampung Ayer Pasir, di sini hari ini dan turut dihadiri Ketua Penerangan BN Machap Jaya, Nizam Baharom.

Susulan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah pada 11 pagi tadi agar siasatan dapat dijalankan di atas kegiatan khianat itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2496
Kongsi :
Previous post Roslan berkempen di TikTok, tarik sokongan anak muda
Next post Pengundi minta jangan lupa mereka lepas PRU15 – Mohd Ridhwan
Ubah saiz-+=