Pengunjung Kampung Machap Umboo berpeluang menang hadiah

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MACHAP JAYA 29 Disember – Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2023, 100 pengunjung terawal yang datang ke Kampung Baru Machap Umboo setiap hari berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Penganjur Hiasan Kampung Baru Machap Umboo, Tai Meow Pang, 52 berkata, program itu akan diadakan bermula 27 Disember hingga 5 Februari 2023.

Ujarnya, lebih 5,000 hadiah disediakan buat pengunjung bertuah yang melawat kesemua 10 lokasi ‘checkpoint’ yang dihiasi tanglung dan lampu hiasan di kampung tersebut.

“Sambutan Tahun Baru Cina 2023 kali ini kita buat lebih baik dari tahun lepas di mana tahun ini lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai acara menghias tanglung dan lampu hiasan secara sukarela.

“Secara keseluruhan lebih 3,000 tanglung dipasang di Kampung Baru Machap Umboo, dan kita mendapat kerjasama dari kesemua penduduk di sini.

“Buat pengunjung yang datang ke sini, tahun ini lebih baik dan lebih ‘tricky’, kita sediakan banyak hadiah. Dan setiap check point yang dilalui ada kaitan dengan check point yang lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Perasmian Festival Tanglung sempena Sambutan Tahun Baru Cina di sini pada 26 Disember lalu.

WhatsApp Image 2022-12-28 at 19.00.35
ANTARA pengunjung yang bergambar kenangan di salah satu lokasi berkonsepkan Taman Arnab.

Mengulas lanjut, Tai Meow Pang berkata, kesemua hiasan tersebut akan dipasang hampir sebulan, bermula 27 Disember sehingga sambutan Chap Goh Mei pada tahun hadapan.

“Ini adalah cara kita penduduk di sini menyambut ketibaan Tahun Baru Cina, di mana, kita mahu orang luar turut bersama-sama merasai kemeriahan yang ada di sini.

“Kita jemput juga pengunjung tanpa mengira agama dan bangsa untuk melawat Kampung Baru Machap Umboo sekaligus mampu menjadikan kampung ini sebagai ikon pelancongan Melaka pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7838
Kongsi :
Previous post Banjir semakin pulih, hanya satu PPS beroperasi di Terengganu
Next post Lumpuh selepas jatuh bangunan, Mohd Zikri bangkit pecah tiga rekod kebangsaan
Ubah saiz-+=