
Pengurusan MiCoST laku kunjung hormat ke atas Menteri Pengajian Tinggi
AYER KEROH 15 Feb- Pengurusan tertinggi Kolej Antarabangsa Sains & Teknologi Melaka (MiCoST) mengadakan kunjung hormat keatas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, baru-baru ini.
Kunjungan hormat diketuai Ketua Eksekutif MiCoST Akmal Manap itu turut disertai Pengurus Pembangunan Perniagaan, Suhaini Amsah dan Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Mohd Aiman Mohamed Hassan.
Akmal berkata, antara objektif kunjung hormat itu adalah membincangkan mengenai infrastruktur, kebajikan pelajar dan hala tuju MiCoST.
“Perjumpaan ini penting bagi memastikan MiCoST menjadi sebuah institusi pengajian tinggi berkaliber, kondusif dan dapat melahirkan pelajar yang berkualiti serta mampu bersaing dalam pasaran tenaga kerja.
“Turut dibincangkan adalah usaha untuk memperkasakan pendidikan tinggi negara ke arah inovasi sains dan teknologi memandangkan penggunaan teknologi khususnya digital pada masa kini semakin meningkat serta pesat membangun,” katanya menerusi satu kenyataan.
Hadir sama Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
