
Peniaga mengaku tidak bersalah beri keterangan palsu kepada SPRM
KOTA BHARU, 19 Februari – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi keterangan palsu mengenai seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang didakwa meminta rasuah antara RM1 juta dan RM2 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abdul Hakimy Zulkifli, 32, didakwa melakukan perbuatan itu ketika percakapannya dirakam di bawah Seksyen 30(8) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM Kelantan pada 12.55 tengah hari 3 Sept tahun lepas mengikut Seksyen 27(1)(a) akta sama.
Mengikut pertuduhan, Abdul Hakimy telah menyatakan bahawa lelaki berusia 78 tahun itu meminta rasuah untuk diberikan kepada empat pegawai dan anggota polis bagi menarik balik laporan sedangkan dia tahu pernyataan tersebut adalah palsu kerana Datuk berkenaan tidak pernah berbuat demikian.
Hakim Dazuki Ali membenarkan Abdul Hakimy diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta melarang tertuduh mengganggu saksi pendakwaan dan menetapkan 24 Mac untuk menyebut semula kes itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob dan Mariah Omar.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AYAM RM5 TOK RAUF BAWA MAKNA BESAR UNTUK RAKYAT
TELOK MAS 3 Ogos - Lebih 2,000 ekor ayam ‘licin’ terjual menerusi inisiatif Program Jualan Murah Ayam RM5 Tok Rauf...
PENANTIAN 30 TAHUN NELAYAN TANJUNG NIBONG BERAKHIR
TELOK MAS 3 Ogos - Penantian kira-kira 30 tahun komuniti nelayan Tanjung Nibong, di sini, untuk menikmati kemudahan jeti yang...
DUYONG HIMPUN SEMUA, TOK RAUF SANTUNI SEGENAP LAPISAN RAKYAT
DUYONG 3 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi empat...
ANUGERAH SERI MELAKA BAKAL TAMBAH KATEGORI TAHUN DEPAN
AYER KEROH 2 Ogos - Kerajaan Negeri bercadang menambah baik Anugerah Seri Melaka pada tahun depan dengan menambah lebih banyak...
‘PERMATA’ MELAKA BERJAYA DISERU BUKA LEBIH BANYAK PELUANG UNTUK ANAK NEGERI
AYER KEROH 2 Ogos - Anak Melaka yang telah berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang diseru menggunakan pengalaman, kepakaran serta...
ANUGERAH SERI MELAKA JULANG JASA, UKIR LEGASI PERMATA NEGERI
AYER KEROH 3 Ogos - Buat julung kalinya, Kerajaan Negeri menganjurkan Anugerah Seri Melaka bertujuan untuk mengangkat legasi permata Melaka...


