Penyatuan kekayaan warisan budaya Pahang-Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

BANDA HILIR 2 November – Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 platform menyatukan kekayaan warisan budaya melibatkan kesenian, tarian tradisional, muzik dan makanan kedua-dua negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi festival itu juga ia menjadi landasan mempromosi lokasi pelancongan menarik di negeri Pahang dan Melaka kepada rakyat jelata.

“Melaka kaya dengan lokasi pelancongan bersejarah seperti Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dan Kota A’Famosa.

“Negeri Pahang pula mempunyai pusat-pusat pelancongan bertaraf antarabangsa seperti kawasan peranginan Genting Highlands dan Cameron Highlands, kawasan hutan hujan yang menghijau seperti Taman Negara dan Gunung Tahan.

“Selain kawasan pantai yang memutih seperti Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak dan keindahan terumbu karang antara yang paling cantik di dunia terdapat di Pulau Tioman serta banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di sini, malam tadi.

Terdahulu pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berangkat tiba ke festival berkenaan.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Wan Rosdy turut menzahirkan harapan agar kerjasama erat di antara Pahang dan Melaka akan diperkukuh pada tahun-tahun mendatang.

“Semoga Festival Warisan dan Pelancongan Melaka – Pahang 2023 memberi banyak manfaat khusnya dalam sektor pelancongan yang merupakan antara sektor utama bagi kedua-dua buah negeri.

“Akhir kalam, patik juga mengharapkan agar kerjasama antara kedua-dua Kerajaan Negeri ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya dan mungkin pada tahun hadapan giliran Pahang pula akan menjadi tuan rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1475
Kongsi :
Previous post Manifestasi kasih sayang Melaka kepada Agong, Raja Permaisuri
Next post Busana hijau paling laris sempena Deepavali tahun ini
Ubah saiz-+=