Peraturan bawa kanak-kanak ke bazar dikuatkuasa minggu depan- EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 April- Peraturan serta kaedah membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di negeri ini akan dikuatkuasakan minggu hadapan.

EXCO Perumahan negeri, Datuk Zaidi Attan berkata perkara itu dilaksanakan demi menjaga kemaslahatan dan kesihatan golongan itu daripada dijangkiti COVID-19.

Katanya, kerajaan negeri akan mengeluarkan peraturan dan kaedah membawa kanak-kanak ke bazar selepas beliau meninjau keseluruhan bazar Aidilfitri dalam negeri ini.

EXCO Perumahan Datuk Zaidi Attan ketika mengadakan walkabout di Melaka Grand Ramadan Bazaar, Jalan Hang Tuah, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Seperti hari ini (malam ini), saya tengok sendiri keadaannya dan akan pastikan semua tindakan sewajarnya diambil kira.

“Kita akan menguatkuasakan peraturan dan kaedah dalam membawa kanak-kanak ke bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dalam masa terdekat.

“Mungkin minggu depan akan dikuatkuasakan selepas saya tinjau semua tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dalam Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Melaka Grand Ramadan Bazar Jalan Hang Tuah di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Zaidi berkata peraturan tersebut akan dilaksanakan selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hal ini selaras dengan nasihat KKM bahawa kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai adalah suasana tidak baik kepada kanak-kanak.

“Dan suasana ini terlihat tidak sihat terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

643
Kongsi :
Previous post Satu kematian disahkan rabies di Selangor – JKNS
Next post 13,400 kakitangan awam Johor terima bantuan Aidilfitri
Ubah saiz-+=