
Peratusan vaksin meningkat, SOP PRN perlu dikaji
KUALA LUMPUR 28 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dikaji semula berikutan peratusan populasi dewasa menerima vaksin COVID-19 meningkat.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, data terkini menunjukkan sebanyak 95 peratus individu dewasa dan 79 peratus rakyat Malaysia telah menerima suntikan vaksin.
“Ia tidak bermaksud bahawa UMNO tidak cakna atau prihatin kesihatan rakyat, kita prihatin,kita harapkan SOP sebagaimana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 2020 dan PRK DUN Slim mungkin boleh digunakan.
“Ketika PRK itu, kedua-dua kawasan itu belum ada seorang pun divaksinkan, sekarang sudah 95 peratus penduduk dewasa sudah divaksinkan dan 79 peratus rakyat Malaysia sudah divaksin.
“Kita terus kena buat SOP, tapi pada ketika ini, kita ingin kesihatan rakyat diseimbangkan dengan demokrasi piliharan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan; Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
15 TAHUN SURAT ‘SESAT’ KE RUMAH JIRAN, KAMPUNG DIGITAL AKHIRI KEKELIRUAN ALAMAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Lebih 15 tahun surat dialamatkan kepada keluarganya sering tersalah hantar ke rumah jiran yang terletak...
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...


