Perinci semula kos naik taraf padang bola Taboh Naning

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 9 Julai – Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) akan meneliti semula kos naik taraf padang bola sepak di Kompleks Japerun Taboh Naning, dianggarkan berjumlah RM400,000.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, permohonan peruntukan bagi kerja baik pulih padang itu sudah dibuat Japerun Taboh Naning sebelum lawatan tapak diadakan pada 2 Oktober 2023.

Jelasnya, hasil daripada lawatan itu Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Melaka, telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 20 Oktober 2023 namun tidak dapat dipertimbangkan kerana kekangan peruntukan.

“Kos RM400,000 adalah hanya membabitkan skop kerja asas seperti baik pulih rumput, selenggara saliran air dan pembinaan pagar penghadang.

“Memandangkan peruntukan pembangunan daerah adalah terhad, PDTAG akan meneliti semula skop kerja pembaikan yang boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zulkiflee Mohd Zin (BN – Taboh Naning) mengenai perancangan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf padang awam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Persidangan Kedua, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, hari ini.

Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, hasil lawatan PDTAG pada 4 Julai lalu, terdapat cadangan untuk menaik taraf padang tersebut kepada mini stadium.

“Namun cadangan itu perlu diperhalusi sebelum diangkat bagi kelulusan selanjutnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

109
Kongsi :
Previous post Gabung tiga negeri jadi Jelapang Padi Selatan
Next post Mohon peruntukan RM2 juta atasi isu pengairan sawah padi Klebang
Ubah saiz-+=